Thursday, 30 June 2011

:: PeRnAh X KorAnG raSa?? ::

§  Pernah x korang rasa hidup ni SEPI ajer...korang sebenarnya mcm tak tahu aper yang korang nak..pernah tak ???.
§  Pernah x korang rasa BAHAGIA yang optimum bila korang degan teman istimewa korang..(tanpa ada perasaan CEMBURU)?.
§  Pernah x korang rasa macam nak sangat jadi orang KAYA?? “No Money No Talk DUDe!!” hahahaha.
§  Pernah x korang rasa macam nak sepak terajang or tumbuk someone yang korang rasa GERAMMMMM sangat??.
§  Pernah x korang rasa macam DI SISIHKAN??.
§  Pernah x korang rasa diri korang ni macam TAK BERGUNA??.
§  Pernah x korang rasa “JIWA KOSONG”??.
§  Pernah x korang rasa macam korang ni sebenarnya TAK DA PERASAAN??.
§  Pernah x korang rasa yang korang ni TAK ADIL langsung??.
§  Pernah x korang rasa yang korang ni KEJAM??.
§  Pernah x korang rasa macam NAK LARI ajer dari kehidupan sekarang dan mula dengan kehidupan yang baru??.
§  Pernah x korang rasa bf/gf korang sebenarnya TAK SAYANG AND TAK CARE pun kat korang sebenarnya???.
§  Pernah x korang rasa bila korang sms gf/bf korang lambat jer reply or tak reply langsung tapi bila korang dengan gf/bf korang..diaorang SIBUK pulak MENG-REPLY SMS tak tahu kat saper...pernah??
§  Pernah tak korang DI FITNAH atas sebab katanya korang dah “mak esah-kan” bf/gf korang??? Walhal korang tak tahu apa2 pun...?? ( rasanya pemfitnah tu jelous kottt..WALAUPUNNNNN dia sebenarnya tak tahu cerita sebenar...cian sungguh org desperate macam tu..).
§  Pernah tak korang rasa macam korang ni jadi MANGSA??.
§  Pernah x korang cuba untuk TAK FIKIR semua persoalan2 kat atas tuh??.
:: Apa pun persoalan kat atas tu (walaupun sebenarnya banyak lagi persoalannya..)..aku rasa sebaiknya kita jadilah diri kita yang sebenar.. tak perlu kita bermuka-muka..atau ber apa2 saja.. kita belajar untuk menerima diri kita dan sesiapa saja disekeliling kita.. kita terima dan perlu redha atas apa yang terjadi.. Sesungguhnya tiada insan sempurna di dunia ni.. seperfect manapun seseorang itu.. tetap ada cacatnya...kita berusaha dan sedayanya buat yang terbaik untuk diri kita sendiri dan mereka2 yang kita sanjung dan sayang.. ni semua sekadar renungan dan teguran untuk diri aku sendiri juga... :)::

Tuesday, 28 June 2011

::TATACARA JAWAB TELEFON::

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo... ...
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

::HUSBAND STORE::

A brand new store has just opened in
New York City that sells Husbands.

When women go to choose a husband,
they have to follow the instructions
at the entrance:

"You may visit this store ONLY ONCE!"
There are 6 floors and the value of
the products increase as you ascend
the flights. You may choose any item
from a particular floor, or may choose
to go up to the next floor, but you
CANNOT go back down except to exit the
building! So, a woman goes to the
Husband Store to find a husband.

On the 1st floor the sign on the door
reads:
Floor 1 - These men have jobs. The 2nd
floor sign reads:
Floor 2 - These men Have Jobs and Love
Kids.
The 3rd floor sign reads:
Floor 3 - These men Have Jobs, Love
Kids and are extremely good looking.
"Wow," she thinks, but feels compelled
to keep going.

She goes to the 4th floor and the
sign reads:
Floor 4 - These men Have Jobs, Love
Kids, are Drop-dead Good Looking and
Help with Housework.
"Oh, mercy me!" she exclaims, "I can
hardly stand it!"

Still, she goes to the 5th floor and
sign reads:
Floor 5 - These men Have Jobs, Love
Kids, are Drop-dead Gorgeous, help
with Housework and Have A Strong
Romantic Streak.
She is so tempted to stay, but she
goes to the 6th floor and the sign
reads:

Floor 6 - You are visitor 31,456,012
to this floor. There are no men on
this floor. This floor exists solely
as proof that women are impossible to
please. Thank you for shopping at the
Husband Store.

To avoid gender bias charges, the
store's owner opens a New Wives store
just across the street.

The 1st floor has wives that love sex.
The 2nd floor has wives that love sex
and have money.
The 3rd through 6th floors have never
been visited.

Monday, 27 June 2011

::HAHAHAHAHAHA::

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.

Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah...

"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

Sunday, 26 June 2011

::JET LI AND STEVEN SPIELBERG JOKES::

Jet Li walked into a pub in New York with his pal. He says to his pal: “Hey! That’s Steven Spielberg over there! God, I wish he’ll come over to say “hi”.

Spielberg suddenly walked over and gave the man a punch on the nose.

Li : “Hey!! What that’s for?!”

Spielberg : “You bloody Japanese killed my granddad when you
bombed Pearl Harbour!”

Li : “I’m not Japanese! I’m Chinese!”
Spielberg : “Chinese, Vietnamese, Japanese, you’re all the same!”

Spielberg walks back to the other side. Then Jet Li calmly walks over to Spielberg and gives him a really heavy punch on the face.

Spielberg : “Hey! What that’s for….. !?!”

Li : “YOU BLOODY ASSHOLE! YOU SANK THE TITANIC!”

Spielberg : “No, I didn’t, an iceberg sank the Titanic!”

Li : “Iceberg, Carlsberg, Spielberg, you’re all the same!”

::ROBOT KESAN BOHONG::

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG*
Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...

Saturday, 18 June 2011

:: TDM ::Sekadar renungan bersama...

Dalam dunia sekarang ini bermacam-macam ragam manusia.. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. Ada yang hitam ada yang putih. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Ada yang tidak suka tikam belakang, ada yang suka tikam belakang. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. 

korang pernah tak dengar tentang manusia yang talam dua muka (TDM)??? Manusia talam dua muka ni memang manusia yang bahaya giler la bagi aku.. kenapa bahaya?? Satu yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah,mereka pandai bermuka-muka. Manusia yang mempunyai banyak muka. Bukan satu bukan dua malah beribu. Di depan kita dia baik, tetapi dalam masa yang sama di depan kita juga, dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali. 

Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia bukan main baik lagi memfitnah kita seburuk mungkin. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan. tau tak apa tu ikhlas?? ikhlas nie..kita tlg ker aper ker benda yang kita buat tanpa kita mengharapkan balasan... TDM nie..bila di depan kita mereka menceritakan keburukan orang lain, sudah pastinya apabila bersama orang lain mereka akan menceritakan keburukan kita. Pernah x jumpa dengan manusia macam nieh? Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari?? 

Manusia TDM ini sebenarnya bukan boleh dipercayai kerana di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kitapaham2 sendiri lahhhh. TDM ni seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji. 

Talam dua muka pula amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya. Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama, dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan. Berhati-hatilah mungkin tanpa sedar kita atau kawan kita adalah mereka…. 

Tetapi harus ingat, kita juga perlu bersangka baik dengan sesama manusia, rakan atau keluarga, kerana sekiranya kita berbuat baik sesame insan InsyaAllah ada ganjarannya dan mudah-mudahan Allah lindungi kita dari mereka yang bertalam dua muka atau beribu-ribu muka… 
APA PUN AKU TAK KISAH SEMUA NIE... AKU TETAP AKU... ORG TU NAK JADI TALAM KER PINGGAN KER PIRING KER ATAU KAWAH SEKALI PUN TU HAK MASING2...SEBAGAI MANUSIA YANG PUNYA AKAL KITA SENDIRI BOLEH PIKIR ORG TU MACAM MANA PERANGAI DIA KAN.. BAGI AKU AKU KAWAN NGN SEMUA ORG DAN SEKALI AKU KAWAN AKU AKAN KAWAN SAMPAI BEBILA PUN.. "PEACE NO WAR"

Wednesday, 1 June 2011

Aku = Kosong

eeemmm..lama gak aku tak update entry kat blog aku..yer la aku kena g kursus 2 minggu.. mmg tak leh nk online langsung..bukan sbb x dibenarkan tapi line terus kat sana...lagipun aku tak da broadband...
aper aku nk share ek kali nie..entah aku pun tak tahu nak share aper..sebab aku sekarang mmg kosong..otak aku kosong..leh nak katakan hidup aku mmg macam dah tak da makna..tgk ajer aku senyum tak ajer aku wat lawak tapi semuanya mungkin sebab aku cuba untuk kembalikan mood aku..tapi tak boleh la...aku jenis yang tak reti nak bermuka-muka... mungkin ada antara kawan2 aku yang tahu napa aku down sangat2...apa pun thanks kawan sebab korang sentiasa ada disisi aku time2 aku sendu..really appreciate it..

Owh ya aku nak bagitau korang aku dah tgk cite kungfu panda 2... kelakar la citer tu.. tak kering gusi aku dibuatnya walaupun versi yang aku tgk tu versi mandarin...tapi kena ajer ngan citer tu...hahaha.. tapi part yang paling best adalah time aku nk g beli tiket ni...
aku g beli tiket kat MBO .. kat situ selalunya mmg senang nak dapat tiket sebab tak ramai org sangat area tu..aku g dengan someone ni... bila sampai aku ngn dia decide nak tgk citer antu siam jer sebab mungkin kungfu panda tu penuh.. so bila sampai kaunter aku cakap la nak tgk kungfu panda dulu... pekerja kaunter tu cakap arini time aku nk tgk tu versi mandarin tapi ada la sub title bi and malay... so macam tak jadi... aku ngn dia decide nak tgk citer antu siam..tajuk dia aku lupa... dengan penuh confident pompuan kaunter tu sebut " seat ijau semua leh duduk lagi yer..." sekali aku tgk kat screen tu..mak aiiii... sorang pun tak da..aper ke giler nak tgk citer antu dengan screen maha besar tu...owh no!!! kang aku kuar jadi antu siam plak..hahah..thats y aku ngan dia decide nak tgk gak kungfu panda 2..mandarin pun mandarin la... bila tgk mmg tak kecewa la..mmg best!!

so next movie would be X-men and Transformers... tu pun kalau aku dapat tgk la sebab aku ni bukan kaki nak tgk wayang sangat tapi kalau ada geng aku layan ajer...