Saturday, 18 June 2011

:: TDM ::Sekadar renungan bersama...

Dalam dunia sekarang ini bermacam-macam ragam manusia.. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. Ada yang hitam ada yang putih. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Ada yang tidak suka tikam belakang, ada yang suka tikam belakang. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. 

korang pernah tak dengar tentang manusia yang talam dua muka (TDM)??? Manusia talam dua muka ni memang manusia yang bahaya giler la bagi aku.. kenapa bahaya?? Satu yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah,mereka pandai bermuka-muka. Manusia yang mempunyai banyak muka. Bukan satu bukan dua malah beribu. Di depan kita dia baik, tetapi dalam masa yang sama di depan kita juga, dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali. 

Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia bukan main baik lagi memfitnah kita seburuk mungkin. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan. tau tak apa tu ikhlas?? ikhlas nie..kita tlg ker aper ker benda yang kita buat tanpa kita mengharapkan balasan... TDM nie..bila di depan kita mereka menceritakan keburukan orang lain, sudah pastinya apabila bersama orang lain mereka akan menceritakan keburukan kita. Pernah x jumpa dengan manusia macam nieh? Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari?? 

Manusia TDM ini sebenarnya bukan boleh dipercayai kerana di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kitapaham2 sendiri lahhhh. TDM ni seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji. 

Talam dua muka pula amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya. Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama, dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan. Berhati-hatilah mungkin tanpa sedar kita atau kawan kita adalah mereka…. 

Tetapi harus ingat, kita juga perlu bersangka baik dengan sesama manusia, rakan atau keluarga, kerana sekiranya kita berbuat baik sesame insan InsyaAllah ada ganjarannya dan mudah-mudahan Allah lindungi kita dari mereka yang bertalam dua muka atau beribu-ribu muka… 
APA PUN AKU TAK KISAH SEMUA NIE... AKU TETAP AKU... ORG TU NAK JADI TALAM KER PINGGAN KER PIRING KER ATAU KAWAH SEKALI PUN TU HAK MASING2...SEBAGAI MANUSIA YANG PUNYA AKAL KITA SENDIRI BOLEH PIKIR ORG TU MACAM MANA PERANGAI DIA KAN.. BAGI AKU AKU KAWAN NGN SEMUA ORG DAN SEKALI AKU KAWAN AKU AKAN KAWAN SAMPAI BEBILA PUN.. "PEACE NO WAR"

No comments:

Post a Comment