Monday, 24 October 2011

::BUAL2 KOSONG::

Hey semua.. agak lama juga kan aku tak hap-date blog nie... nak kata bz tu tak la sangat cuma malas sikit..keh keh keh.. so apa entry kali ni? aku pun tak tahu nak tulis pasal aper... emmmm... pikir pikir pikir...

Owh sambil dok pikir2 tu baik aku citer sikit2 story life aku kan..
tak banyak beza la cuma lately aku rasa aku jauh sangat dengan kawan2 aku... maybe diaorang semua tu bz kot.. aku just hang around dengan bff macam biasa la..best ever designer Freda Santos... Multi talented Wedding coordinator/Planner..Dicky D Fabulous, my best ever fren Honey.. and not to forget my die heart wonderfull housemate Andy salim and Epul cass @ Daddy (katenyerrr)...and sometimes with safry, aida and nad (geng mandi kolam)... hahaha yang lain jgn jeles tau sebab anda2 kurang melepak but u guys are rock jugakkk... tanpa korang saper la aku kan... aku hargai sangat persahabatan kita semua... takmo gadoh gadoh k..( walaupu  lately a couple of  fren aku ada yang wat hal.. tapi tu lantak la.. biasa la kan namanyer idup.. buang yang keroh amik yang jernih) ...
so bebalik kepada life aku...emm... senang ajer simple sangat sekarang nie.. weekdays aku bgn pagi siap g kerja..balik kerja lepak kejap then tgu kawan2 kalau ada yang call nk ajak makan atau lepak.. tu ajer.. dah tu tido... boring kan? so korang2 yang ada life yang aktif tu harusla rasa bangga sebab banyak aktiviti korang buat... tak macam aku.. ( btw aku lebih suka dok umah lepak) lgpun aku ni dah tua.. dah tak aktif macam zaman muda2 dulu... hehehe..
Aku sekarang lebih kepada sifat or perangai yang suka memerhati dan pastu aku fikir kenapa... tgk perangai manusia....perangai kawan2... usaha2 kawan2... macam2 lagi lah ..leh katakan aku menggunakan anugerah kurniaan Allah swt ni sebaik mungkin..otak untuk berfikir...mata untuk melihat dan mulut untuk berkata2... dan tak lupa hati dan perasaaan..ooppss! terleby sudah... hehehe..
Yang penting sekarang aku rasa macam nak menjadikan diri aku terbaik mungkin dan sebaik mungkin (walaupun aku tahu tak mampu untuk sehebat itu... tapi aku usaha ok!!)

Aku sebenarnya ada banyak nak tulis cuma tak terkeluar demi menjaga privacy individu dan menjaga hati mereka2 yang terlibat..ikutkan aku nak jer aku luahkan kaw2 kat sini..tapi apa guna Otak yang Allah swt kurniakan ini kalau tak berfikir sebelum bertindak... tak gitu u ols?? haha... ok lah aku chow dulu... take care guys!!! muah!!

Monday, 3 October 2011

::TaNggUng KeRja::

Hye Kawan2..
Just nk update yang arini aku dah dapat surat tanggung kerja bos aku
yer la dia bersalin.. so kat surat tu tulis tanggung kerja dari 5 Sept hingga 5 Disember..
and tak leh cuti sakit lebih daripada 5 hari..

LEBIH KURANG MACAM NI LA SURAT DIA...


hahahaha..
yang bestnya this is my 1st time
aku tak tahu plak yang tanggung2 kerja nie semua akan dibayar elaun iaitu suku daripada gaji org yang kita tanggung kerja tu...
Alhamdulillah..dapat gak la aku buat belanja lebih sikit..

so .. ok lah nak sambung wat kerja... this week mmg bz giler..
next week kena g kursus/bengkel lak seminggu..



Saya Yang Menurut Perintah..

::Cerita Seram Di Bukit Putus::

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.
Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…
” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…
Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…
Dia pun beranikan diri dan bertanya…
”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”
“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”
Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..
Wassalam…

::Wasiat Nenek Ani::

Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung, …..
Keadaannya semakin hari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.
Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.

Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut
Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah…..
“Din, … . kau janganlah berdiri di atas saluran oksigen aku tu”

Wednesday, 14 September 2011

::TUA MAKIN TUA::

 
This year..
For my bday..
Aku dapat... banyak wish bday dari kawan2 aku...
Aku dapat...jumpa kawan lama aku yang dulu dok serumah ngn aku..
Aku dibelanja makan oleh kawan aku..sedapnyerr...
And most important..
Aku dapat hadiah yang paling bermakna dalam idup aku..
Dari someone..dia kata dia tak tahu nak bagi aper..
Di mampu bagi **** yang kecik ni jer kat aku..
Aku rasa macam terawang-awang bila benda yang aku tgu2 selama nie dari dia, dia dah bagi..
nak tahu kena la PM aku,tu pun kalau aku nk bagitau..hahaha

Note : skodeng ek??hahaha



Friday, 9 September 2011

:: KISAH DONGENG::


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja




Tuesday, 6 September 2011

:: SURAT ::

Mungkin 3 bulan mungkin 5 bulan mungkin setahun...

Hmm.... cepat la...aku dah tak sabar nak dapat surat nie!!

Korang nak tahu tak surat aper?? hehehe mana leh bgtau lagi..

Yang dah dapat surat jgn nak kekwat ek
!! AWAS!!